Jatuh cinta karena Allah atau nafsu

image

Jatuh yang tidak ada orang
simpati ialah jatuh cinta. Sebab
jatuh cinta indah, tidak macam
jatuh tangga atau jatuh pokok,
sakit. Cinta banyak perkara cinta.
.
Tidak ada siapa pun yang dapat
larikan diri daripada mencintai
dan dicintai. Kemuncak cinta,
ada orang masuk syurga kerana
cinta dan tidak kurang ramai
orang yang akan dihumbankan ke
neraka gara-gara cinta.
.
Cinta yang begaimana boleh bawa
seseorang ke syurga dan kenapa
ada yang masuk neraka lantaran
kerana cinta?
.
Cinta, rasa yang ada dalam hati
yang tidak boleh disukat-sukat.
hati yang merasainya, sehingga
boleh terhibur atau terseksa
kerananya. Datangnya dari dua
sumber yakni dari nafsu dan dari
Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu
berlaku bila hati kotor, sering
melakukan dosa dan tidak pula
bertaubat. Sifat-sifat keji seperti
sombong, ujub, riak, gila puji,
hasad dengki dan lain-lain sifat
jahat bersarang dalam hati tidak
dikikis, maka ketika itu nafsulah
yang akan jadi Tuhan dalam diri
sehingga apa saja yang dilakukan
mengikut arahan nafsu. Termasuk
dalam meletakkan cinta, ukuran
yang diberi dan sebab jatuh cinta
pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta
pada perempuan yang
mendedahkan
kecantikannya hingga
tubuh badan perempuan
itu sudah tidak
terlindung lagi pada
pandangan nafsunya.
Cinta diberi ialah
untuk mengisi keinginan
nafsu seks lelaki
kepada perempuan.
Begitu juga wanita, jatuh cinta
sebab lelaki kaya, handsome
bergaya, ada jawatan dan lain-
lain keistimewaan yang disenangi
oleh nafsu. lantas cinta diberi
dengan harapan mereka dapat
tumpang kemewahan dan
kesenangan hidup lelaki tersebut.
Jelasnya, cinta yang datang dari
nafsu ditujukan untuk kesenangan
nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang
dilahirkan oleh nafsu yang punya
kepentingan masing-masing maka
berlangsunglah babak-babak
melahirkan rasa cinta. Dari
surat menyurat, telefon, ziarah,
keluar makan-makan, berdua-
duaan di taman bunga, dalam
keadaan saling rindu
merindukan.. 🙂
Ketika itu tak ada lain dalam
ingatan melainkan orang yang
dicintai. Sehari tak jumpa atau
tidak telefon rasa berpisah
setahun. Sudah tidak malu pada
orang sekeliling, apa lagi pada
Allah yang Maha Melihat. Lagi
mereka tidak ingat dan takut.
Lantaran itu mereka sanggup buat
apa saja untuk membuktikan
kecintaan pada pasangan masing-
masing.
Hatta yang perempuan sanggup
serah maruah diri konon untuk
buktikan cinta pada lelaki. Yang
lelaki pula rela bergolok bergadai
untuk memberikan kemewahan
pada perempuan sebagai bukti
cinta. Akhirnya bila yang
perempuan telah berbadan dua,
lelaki serta merta hilang cintanya.
habis manis sepah dibuang. Kalau
pada lelaki pula, ada duit abang
sayang, tak ada duit abang
melayang. Kalau pada suami
pula, isteri seorang suami
disayang, bila hidup bermadu kasih
pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang
melulu. Cintanya hanya selagi
nafsu ada kepentingan. Cinta
inilah yang banyak melanda orang
muda yang dilambung asmara.
Hingga sanggup buat apa saja,
sekalipun bunuh diri, kalau
kecewa dalam bercinta. Walhal
sedap dan indahnya sekejap.
Sakitnya lama, sakit yang paling
dahsyat ialah di neraka kelak.
Inilah kemuncak cinta yang paling
malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh
bersambung sampai membina
rumahtangga ia tetap akan
menyeksa. Kerana suami akan
cinta pada isteri selagi isteri
masih muda, seksi dan manja.
Yakni selagi nafsu dapat
disenangkan. Bila isteri tua, kulit
berkedut, tampal make-up lagi
hodoh, rambut putih dan gigi pun
sudah banyak gugur seperti opah,
badan pun sudah kendur, maka
cinta suami akan beralih pada
gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami.
Menderitalah isteri yang hilang
perhatian suami apalagi kalau
terang-terang depan mata suami
kepit perempuan lain, lagilah isteri
terseksa. Begitu juga si isteri.
Cintakan suami selagi suami boleh
membahagiakan dan menunaikan
segala keinginan nafsu. Selagi
suami kasih dan sayang padanya.
Andainya suami hilang kuasa,
jatuh miskin, masuk penjara atau
suami kahwin lagi seorang maka
serta merta hilang cinta pada
suami. Sebaliknya berbakul-bakul
datang rasa benci pada suami
yang dulu dipuja tinggi melangit.
Begitu mudah cinta bertukar jadi
benci. Akibatnya berlakulah
pergaduhan, masam muka, kata-
mengata, ungkit mengungkit, suami
tidak pedulikan isteri dan isteri
pun hilang hormat pada suami. 🙂
Rumahtangga panas dan
menunggu saat untuk ditalqinkan
ke kubur perceraian. Ketika itu
tak ada lagi pujuk rayu, cumbu
mesra sebagaimana waktu cinta
tengah membara. Maka doktor
yang menulis pun dituduh
merendahkan wanita, jangan
marah tau. Itulah gara-gara
cinta nafsu yang sudah
menyusahkan manusia di dunia
lagi.
Sebaliknya cinta yang
dialirkan oleh Allah ke
dalam hati, itulah cinta
yang benar, suci lagi
murni. Cinta yang
bukan diukur ikut
pandangan mata, tapi
ikut pandangan Allah.
Ia bersebab kerana
Allah dan cinta diberi
pun untuk dapat
keredhaan Allah. Cinta
begini tiada
batasannya. Tidak pula
kenal jantina dan
kedudukan. Dan cinta
lahir hasil dari sama-
sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan
lelaki, perempuan dengan
perempuan, lelaki dengan
perempuan, antara murid dengan
guru, suami dengan isteri, sahabat
dengan sahabat, rakyat dengan
pemimpin, antara umat dengan
Nabinya dan yang paling tinggi
antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki
dengan perempuan yang tidak
diikat oleh tali perkahwinan,
mereka tak akan memerlukan
untuk berjumpa, bercakap atau
melakukan apa saja yang
bertentangan dengan kemahuan
Allah. Cinta mereka tidak akan
dicelahi oleh nafsu berahi.
Sebaliknya cinta itu ialah tautan
hati yang berlaku walaupun tak
pernah kenal atau baru kenal tapi
hati rasa sayang dan rindu. Hati
sedih kalau orang yang dicintai
ditimpa susah, senang kalau yang
dicinta itu senang. Sanggup
susah-susahkan dan korbankan
diri untuk senangkan orang yang
dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan
dalam hadis, iaitu seorang lelaki
yang bertemu dan berpisah dengan
sahabatnya kerana Allah maka
mereka akan mendapat
perlindungan ‘arasy Allah di
padang mahsyar nanti, hari di
amana masing-masing orang
mengharap sangat lindungan dari
matahari yang sejengkal saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri
maka isteri akan letak seluruh
ketaatan pada suami, berkhidmat
dan melayan suami tanpa jemu-
jemu. Sama ada waktu suami
tunjukkan sayang atau masa
suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau
miskin, atau suami kahwin lagi,
cinta isteri pada suami tidak belah
bagi. salah satu contohnya
penderitaan mengundang bahagia.
Kerana cintanya pada suami
datangnya dari Allah hasil dari
ketaqwaan isteri. Datanglah ribut
taufan, angin putting beliung
melanda rumah tangga, isteri tetap
memberikan cintanya yang utuh
dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada
isteri tidak kira isteri itu muda
atau tua. Samada pada hatinya.
Selagi isteri taat pada Allah,
isteri tetap dikasihinya. Kalau
dia ada empat isteri, tentulah
isteri-isteri akan tertanya-
tanya, pada isteri manakah yang
suami paling cinta? 🙂
Kalau cinta itu bersumber dari
Allah, tentu isteri yang paling
taqwalah yang paling layak
dicintai oleh suami lebih dari
isteri-isteri lain. Sebagaimana
Rasulullah lebih mencintai Aisyah
kerana taqwa Aisyah lebih tinggi
dari istei-isteri lain. Rasulullah
saw akui sendiri hanya bersama
Aisyah saja, dalam satu selimut
baginda pernah diberi wahyu.
Tapi tidak pernah berlaku semasa
baginda satu selimut dengan
isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari
Allah akan meletakkan Allah yang
paling tinggi dan utama. Bila
berlaku pertembungan antara cinta
Allah dengan cinta pada makhluk
maka cinta Allah dimenangkan.
Misalnya seorang isteri yang
cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri
melakukan ketaatan pada Allah
dalam hal tutup aurat, walhal
tutup aurat itu Allah tuntut.
Maka kecintaan pada Allah itu
akan mendorongnya untuk
laksanakan perintah-Nya
walaupun suami tidak suka
ataupun terpaksa kehilangan
suami. Sanggup dilakukan sebagai
pengorbanan cintanya pada Allah.
Sebaliknya kalau dia turut
kemahuan suami ertinya kata
cinta pada Allah hanya pura-
pura, cintanya bukan lagi
bersumberkan Allah tapi datang
dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah
menyebabkan seseorang cukup
takut untuk melanggar perintah
Allah yang kecil, apalagi yang
besar, lagi dia gerun. Seorang
yang sudah dapat mencintai Allah,
cinta yang lain-lain jadi kecil dan
rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta
Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.
Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh
cinta nafsu yang berkobar-kobar
pada Nabi Yusuf, dia sanggup
hendak menduakan suaminya,
seorang menteri. Bila Nabi Yusuf
menolak keinginannya, ditariknya
baju Nabi Yusuf hingga terkoyak.
Akibat dari peristiwa itu Nabi
Yusuf masuk penjara. Tinggallah
Zulaikha memendam rindu
cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung
oleh Zulaikha menyebabkan dia
bertukar dari seorang perempuan
cantik menjadi perempuan tua
yang hodoh. Matanya buta kerana
banyak menangis terkenangkan
Yusuf, hartanya habis dibahagi-
bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan
dari Allah terhadapnya. Lalu
Allah mewahyukan agar Nabi
Yusuf mengahwini Zulaikha
setelah Allah kembalikan
penglihatan, kemudaan dan
kecantikannya seperti di zaman
gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal
Allah, datanglah cintanya pada
Allah sehingga masanya dihabiskan
untuk bermunajat dengan Allah
dalam sembahyang dan zikir wirid
sehingga terlupa dia hendak
melayan kemahuan suaminya
Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu
Zulaikha menghabiskan
sembahyangnya, hingga hampir
hilang kesabaran Nabi Yusuf
lantas ditariknya baju Zulaikha
sehingga koyak; sebagaimana
Zilaikha pernah menarik baju
Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang
dulunya datang dari nafsu dapat
dipadamkan bila dia kenal dan
cinta pada Allah. Cinta Allah
ialah taraf cinta yang tinggi.
Kemuncak cinta ini ialah
pertemuan yang indah dan penuh
rindu di syurga yang dipenuhi
dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi
orang sudah cukup kenal akan
Allah. Kerana cinta lahir
bersebab. kalau wanita cinta pada
lelaki kerana kayanya, baiknya,
tampan dan sebagainya dan lelaki
cinta wanita kerana cantik, baik,
lemah lembut dan sebagainya maka
bagi mereka yang berakal akan
rasa lebih patut dicurahkan rasa
cinta pada Allah kerana segala
kenikmatan itu datangnya dari
Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat
handai dan siapa saja yang
mengasihi dan mencintai kita,
hakikatnya itu semuanya datang
dari Allah. Kebaikan, kemewahan
dan kecintaan yang diberikan
itupun atas rahmat dan kasihan
belas Allah pada kita. Sehingga
Allah izinkan makhluknya yang
lainnya cinta pada kita. Walhal
Allah boleh bila-bila masa
menarik balik rasa itu dari hati
orang-orang tadi kalau Allah
mahu.
Allah yang menciptakan kita
makhluk-Nya, kemudian diberinya
kita berbagai-bagai nikmat seperti
sihat, gembira, dan macam-
macam lagi. Samada masa kita
ingat pada-Nya ataupun masa
kita lalai, tetap diberi-Nya
nikmat-nikmat itu. Begitulah,
kebaikan Allah pada kita terlalu
banyak sebagaimana firman-Nya:
yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak
menghitung nikmat-
nikmat Allah, nescaya
kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari
menciptakan, menghidupkan dan
memberi rezeki, suami, isteri,
rumah dan macam-macam lagi
yang dengannya kita boleh lalui
kehidupan dengan aman bahagia.
Alangkah biadapnya kita kalau
segala pemberian Allah itu kita
ambil tapi lupa untuk ucapkan
terima kasih, lupa pada yang
memberi. Walhal, Allah boleh saja
menyusah dan menyenangkan kita
dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal
dan beradab, dia malu pada Allah.
malah kerana malunya itu dia
tidak nampak yang lain lebih hebat
dari Allah. Cintanya tertumpu
pada Allah, dan penyerahan diri
pada Allah sungguh-sungguh.
Setiap saat menanggung rindu
lalu masanya dihabiskan untuk
berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam
cinta pada Tuhan ada hamba
Allah yang berkata, “Wahai
Tuhan, aku mencintai Engkau
bukan kerana takutkan neraka-
Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya
Allah. Aku rela masuk neraka
kalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali
perempuan Rabiatul Adawiyah
dalam munajatnya dengan Allah.
Dia menyatakan dua cinta tidak
boleh duduk dalam satu hati. Bila
cinta Allah sudah penuh dalam
hatinya, maka tidak ada tempat
lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “Jika
kau berikan hatimu ataupun
cintamu pada manusia nescaya dia
akan merobek-robekkannya . tapi
kalau hati yang pecah itu
diberikan kepada Allah nescaya
dicantum-cantumkan- Nya.
Ertinya cinta dengan Allah pasti
berbalas. Dan Allah tidak
membiarkan orang yang dicintai-
Nya menderita di akhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan
beradab akan meletakkan
kecintaan yang besar pada Allah,
pada Rasulullah dan barulah pada
makhluk-makhluk lain di samping-
Nya. Itulah perletakan cinta yang
betul dan menguntungkan di dunia
dan juga di akhirat. Itulah dia
cinta kita pada Allah swt yang
patut kita letakkan. 🙂

Apabila Allah memanggilku
ambilah aku dalam keadaan Khusnul
Khotimah (baik di akhir) dan
sempatkanlah aku mengucapkan
kalimat “LA ILAHA ILLALLAH” ,
Berharap agar berakhir Husnul
Khotimah “Ya Rabbi Pencipta langit
dan bumi, Engkaulah Pelindungku di
dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku
dalam keadaan Islam dan
gabungkanlah aku dengan orang-orang
yang shaleh”.{QS. Yusuf (12) : 101}

keindahan setiap kata terucap dari keimanan di dalam hati.
….serpihan hati….

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

w

Connecting to %s